KUD Sabah Sasar Jualan RM3 Juta, Tarik 100,000 Pengunjung

95
Rosmah menunjukkan jus buah bambangan yang dijual di Karnival Usahawan Desa di pekarangan Kompleks Sukan Likas.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Sabah yang menjadi platform kerajaan mempromosi produk dan hasil pertanian tempatan dijangka mencatat hasil jualan sebanyak RM3 juta bermula semalam sehingga esok.

AZLIN AZIZAN

Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa merangkap Ketua Sekretariat KUD, Azlin Azizan berkata, kepelbagaian produk yang dijual pada harga rendah serta acara menarik yang disediakan sepanjang karnival itu juga dijangka mampu menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung.

Katanya, sepanjang karnival anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu, beberapa seminar turut diadakan untuk membantu golongan usahawan di negeri ini berjaya dalam setiap perniagaan yang diceburi.

“Jadi kepada usahawan-usahawan yang ada bersama kita akan menyertai seminar yang berfokuskan kepada bidang keusahawanan, jangan bimbang usahawan-usahawan kita akan membantu anda semua di sini.

“Jadi ayuh beramai-ramai kita datang ke KUD@KPLB Zon Sabah kita ada sebanyak 350 gerai kita jangka pengunjung sebanyak 100,000 orang, kita jangka jualan kita pada kali ini sebanyak RM3 juta,” katanya ketika ditemui Borneo Today di karnival itu.

Pelajar sekolah teruja melihat burung unta yang dipamerkan di Karnival Usahawan Desa.

Azlin berkata, karnival berkenaan akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun esok.

Seorang usahawan, Rosmah Ajumarih, 44, yang turut serta dalam karnival itu berkata, kesempatan tersebut membuka peluang perniagaan yang lebih luas untuk produk jus buah bambangan yang dihasilkan syarikatnya, Rass Enterprise.

Jus tersebut merupakan satu-satunya produk minuman daripada buah

CHARLENE ROSES

bambangan yang dijual di Sabah selepas syarikatnya melakukan inovasi dalam menghasilkan produk hiliran yang berkualiti dan mempunyai manfaat kesihatan.

“Buah bambangan ini cuma terdapat di negeri Sabah sahaja, di mana buah ini banyak khasiatnya boleh buat antikanser kami adalah pengeluar yang pertama di Malaysia, memang satu-satunya syarikat yang mengeluarkan jus bambangan ini di Malaysia.

“Kami adalah pengeluar di sekitar negeri Sabah sahaja, kilang di Papar, kalau di Sabah kita jual RM6 sebotol kalau di Semenanjung RM12, sempena karnival kita jual empat botol RM20,” katanya.

Buah-buahan tempatan antara yang menarik boleh dibeli di Karnival Usahawan Desa.

Sementara itu, seorang pengunjung, Charlene Roses berkata, KUD memberi peluang kepadanya untuk melihat pelbagai produk tempatan serta beberapa kemahiran seperti solekan dan kecantikan yang dibawa dari Semenanjung untuk dipelajari golongan wanita.

“Tadi kami sempat pelajari produk mekap dari Semenanjung, saya tertarik dengan pelbagai kerepek dijual yang tidak pernah nampak contohnya tadi sabun dibuat daripada buah tarap ini benda baharu,” katanya.