KPD Hantar Barangan Keperluan Hingga Depan Pintu Rumah

KOTA KINABALU: ‘Anda duduk rumah, kami datang hantar keperluan harian anda sehingga depan pintu rumah’.

Itulah inisiatif yang diambil Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bagi membantu menjayakan usaha kerajaan bagi mengurangkan pergerakan rakyat keluar dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi tempahan melalui panggilan telefon mahupun pesanan Whatsapp, pengguna sekitar bandaraya ini tidak perlu lagi turun ke pasar bagi membeli keperluan harian.

Barangan keperluan seperti beras, ayam, ikan talapia, cendawan, madu lebah, pamelo mahupun susu segar Eco Yap kini boleh ditempah melalui Whatsapp dan telefon di KPD Kota Kinabalu dengan tempahan minimum sebanyak RM50.

Pembayaran boleh dibuat secara online atau melalui Boost dan tiada sebarang caj penghantaran dikenakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kakitangan KPD iaitu Viviana 014-3590065  atau Nicholas 011-31569878.

Senarai harga barangan yang dijual adalah ayam segar (RM9/kg); ayam beku (RM8.80/kg); paha/dada ayam (RM17.80/kg); beras tempatan 10kg (RM 32); cendawan shiitake (RM20/kg); madu tropikal 500gram (RM 37), 380g (RM30), 210g (RM24); madu kelulut 500g (RM72), 380g (RM56) dan 210g (RM37).

Tempahan dibuka sepanjang masa namun, penghantaran hanya dilakukan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari 8 pagi hingga 2 petang.