Koperal Polis Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

KOTA KINABALU: Seorang koperal polis maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Papar berdekatan Kem Lok Kawi tengah malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kemalangan itu berlaku pada 11.59 malam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa Rozlan Shahruddin Abd Ajik,35, melanggar belakang sebuah lori dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang bertugas di Balai Polis Putatan ini tidak berkerja pada hari kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk saringan ujian Covid-19 dan bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-TAMAT-