Komuniti Harapan Malaysia Perlu Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan

111
Rakam Sijim, tengah, bersama Pegawai Penerangan Daerah Tuaran Pn Malina Jamarin, dan,dari kiri, Setiausaha KHM Kg Gayang Marzuni Hj Madusup, Pengerusi Maduni Majidin, serta Bendahari Sabdin Yusuf, kanan sekali.

Oleh AZIS KHAN
TUARAN: Komuniti Harapan Malaysia (KHM) bukan saja berperanan menyampaikan dasar kerajaan, tetapi juga perlu mengambil tahu permasalahan rakyat setempat.

Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Rakam Sijim berkata, KHM yang merupakan rakan strategik Jabatan Penerangan Malaysia perlu berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penutup semasa taklimat serta pemilihan Jawatankuasa Komuniti Harapan Malaysia di Kampung Gayang, Tuaran semalam.

“Selain memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kampung, jawatankuasa KHM yang dibentuk ini perlu menyampaikan maklumat dan rungutan rakyat serta memastikan insentif kerajaan sampai kepada sasaran.

Rakam Sijim, depan, ketujuh dari kanan dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran Pn Malina Jamarin, depan, keenam dari kanan, bersama penduduk kampung selepas taklimat dan pemilihan AJK KHM Kg Gayang.

“Saya menyeru agar penduduk kampung khususnya para belia berkerjasama dan menyumbang tenaga bagi kemajuan kampung,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pegawai Penerangan Daerah Tuaran,  Malina Jamarin turut menyampaikan taklimat berkenaan pemilihan jawatankuasa KHM yang terdiri daripada 50 orang komuniti setempat.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 15 ahli jawatankuasa akan mentadbir dan baki 35 orang lagi menjadi ahli biasa.

Jelasnya, dalam pemilihan yang perlu diadakan setiap tiga tahun, Maduni Majidin telah dipilih sebagai Pengerusi AJK KHM yang pertama.

Sementara itu katanya, Kampung Gayang merupakan salah satu daripada tujuh buah kampung dalam Parlimen Tuaran di mana Ahli Jawatankuasa KHM telah ditubuhkan.