Komuniti Harapan Malaysia Berperanan Penting Sebagai Penyampai Dasar Kerajaan

38

TAWAU: Komuniti Harapan Malaysia (KHM) berperanan penting sebagai penyampai maklumat kerajaan dan pada masa sama mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat berkata KHM, yang merupakan program di bawah Jabatan Penerangan, diyakini dapat meningkat kefahaman dan penghayatan orang awam mengenai dasar kerajaan, di samping memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama rakyat.

“Saya berharap agar nama-nama pengerusi bagi setiap KHM perlu dimaklumkan kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing agar dapat bekerjasama dengan wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sepakat @ Komuniti Bersama Rakan Strategik Jabatan Penerangan Tawau di Tanjong Batu Laut di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Penerangan Sabah Wasrin Jakaria berkata pada masa ini, Sabah mempunyai 145 KHM dan jabatan itu berhasrat untuk menambah 20 lagi KHM.