Kompleks Sukan KK Ditutup Sementara

KOTA KINABALU: Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas ditutup sementara bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Sukan Negeri Sabah menerusi satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu dibuat sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 selaras dengan Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (APPPB) 1998.