KM Sabah Ketuai Rombongan Ke Kalimantan : Berita BTtv – 30 September 2019

Bersama Salbinous Saribun.
  • Lawatan kerja pertama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal ke Kalimantan menunjukkan tanda tanda positif dalam aspek hubungan kerjasama ekonomi, pelancongan dan pendidikan dengan pemerintah di wilayah tersebut. Datuk Seri Mohd Shafie berkata pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan memberi manfaat besar kepada Sabah. Justeru kerajaan Sabah sedia menawarkan dan menerokai sektor yang sesuai.
  • Wang tunai RM10,000 ditawarkan jabatan Hidupan Liar Sabah kepada individu yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh seekor gajah Borneo yang ditemui mati dalam keadaan terduduk dengan lebih 70 kesan tembakan dan gadingnya dipotong di tebing sungai Udin, Kalabakan, Rabu lalu.
  • Kerajaan Sabah dan pusat tidak pernah mengabaikan kepentingan untuk menaik taraf ekonomi Orang Asal di negeri ini. Kerajaan sentiasa komited dan proaktif untuk memastikan perkara itu dilaksanakan sebaik mungkin.
  • AirAsia akan melaksanakan pengurangan caj perkhidmatan penumpang, PSC di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan lapangan lapangan terbang antarabangsa lain di Malaysia dimana ia beroperasi, mulai esok.
  • Festival fotografi dasar laut edisi makro di pulau Bum Bum, Semporna anjuran MOTAC Sabah dapat memperkenalkan bakat baharu, mengangkat nama Sabah dan memperkenalkan pulau itu sebagai destinasi selaman makro.