KM Mahu Belanjawan 2020 Ambil Kira Keperluan Rakyat : Berita BTtv – 7 Oktober 2019

90
Bersama Salbinous Saribun
  • Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berharap Belanjawan 2020 lebih inklusif untuk Sabah dengan mengambil kira faktor sumber semulajadinya yang kaya, topografi dan keperluan rakyat. Selain aspek berkaitan perjanjian Malaysia 1963 khususnya hasil minyak dan gas serta kemudahan prasarana untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih baik, usaha memperbaiki perkhidmatan rangkaian telekomunikasi juga harus diberikan perhatian.
  • Tempoh tahanan reman dilanjutkan 2 hari lagi sehingga esok ke atas 6 suspek utama yang disyaki terlibat dalam kes seekor gajah Borneo yang ditemui mati dengan lebih 70 kesan tembakan dan gadingnya dipotong di Kalabakan, 23 September lalu.
  • FELDA menegaskan sama sekali tidak berkompromi dengan sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan. Tindakan tegas akan diambil ke atas seorang kakitangan dan 2 peneroka FELDA yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan gajah itu.
  • Orang ramai dijemput hadir beramai ramai memeriahkan Tamu Besar Kota Belud bermula 26 Oktober ini.
  • Pembinaan mercu tanda “Kunak” bertulisan Jawi adalah langkah memperkenalkan daerah itu sebagai destinasi pelancongan menarik – Norazlinah Arif.