Kluster Aktif COVID-19 Tertinggi Dilaporkan di Kota Kinabalu

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Kluster Covid-19 yang dilaporkan di Sabah setakat ini sebanyak 58 kluster aktif dan 42 kluster telah ditamatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidang media perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah berkata, daripada bilangan kluster aktif, 22 kluster itu dilaporkan di Kota Kinabalu.

Kemudian diikuti dengan 18 kluster di Sandakan dan Tawau dengan 16 kluster.

Setakat hari ini, kumulatif kes di Kota Kinabalu sebanyak 8,774 kes positif manakala, bilangan kumulatif di Sandakan adalah 5,181 kes.

Sementara, kumulatif kes positif Covid-19 dilaporkan di Tawau setakat ini adalah sebanyak 5,097 kes.