K’jaan Sarawak Laksana Dasar Menguntungkan Rakyat – Abang Johari

BINTULU: Pentadbiran kerajaan negeri Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat dan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Justeru itu katanya dengan pentabiran kerajaan negeri yang prihatin serta situasi politik stabil di samping rakyat sentiasa bersatu padu, Sarawak akan melakar masa depan yang cerah. 

“Apabila kita mempunyai kerajaan yang prihatin, menjana pendapatan yang banyak…Alhamdulillah, kita dapat beri balik kepada rakyat menerusi pembangunan. Pentingnya kita ada kerajaan prihatin dan pemimpin yang utamakan tanggungjawab kepada rakyat,InshaAllah masa depan Sarawak akan terus cerah sehingga 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran program Le Tour De Restoration, Greening Sarawak’s Campaign peringkat bahagian Bintulu di Taman Medan Sentral, Bintulu di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Sarawak.

Tegas Abang Johari, adalah penting untuk memastikan Sarawak ditadbir oleh sebuah kerajaan yang stabil bagi melaksanakan mandat rakyat yang mahukan pembangunan di negeri itu.

“Dalam keadaan COVID-19 melanda rakyat, dasar yang kita perkenalkan dapat bantu mereka menerusi pemulihan ekonomi kita daripada COVID-19, kerana kita (kerajaan negeri) mendapat mandat (daripada rakyat).