3,000 Dijangka Hadir Rumah Terbuka Krismas DUN Kadamaian

669
Ewon (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat persiapan akhir MRT Krismas dan Tahun Baru DUN Kadamaian.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Lebih 3,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka (MRT) Krismas dan Tahun Baru 2019, DUN Kadamaian pada 10 Januari ini, di Dewan Gopog Taginambur, Kota Belud.

Majlis itu yang julung kali diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri Kadamaian dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir memeriahkan sambutan itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Adun Kadamaian merangkap Pengerusi Penganjur Datuk Ewon Benedick dan menteri-menteri kabinet negeri serta pembantu-pembantu menteri dan pemimpin masyarakat.

JANUS TIOON

Pengerusi Pelaksana Janus Tioon berkata, pelbagai acara menarik telah disusun sempena majlis itu, antaranya persembahan artis-artis tempatan, persembahan koir dan cabutan tiket bertuah.

“Antara artis tempatan yang dijemput memeriahkan majlis ini ialah S.Welly, Phoulin, Edora Francis dan Melinda Painal. Manakala koir pula akan dipersembahkan oleh SIB Taginambur, SDA Rangalau, SDA Gaur dan KDCA Kota Belud.

“Pihak penganjur juga menyediakan lebih 100 hadiah cabutan bertuah bagi pengunjung bertuah. Antaranya barangan elektrik dan elektronik serta hamper, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Persiapan Akhir sambutan MRT Krismas dab Tahun Baru DUN Kadamaian yang dipengerusikan oleh Ewon.

Janus berkata, majlis itu bertujuan memeriahkan sambutan Krismas dan Tahun Baru serta mengeratkan silaturahim diantara pemimpin dan penduduk.

“Saya mengalu-alukan orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan majlis,” katanya.