Ketua Menteri Tinjau Keadaan Banjir Di Kota Belud

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA BELUD: Selepas meninjau kawasan dilanda banjir di Penampang petang semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meneruskan tinjauan di Kota Belud, hari ini.

Beliau tiba di Kota Belud kira-kira 4 petang tadi bagi memulakan tinjauan di beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak petang Sabtu.

Turut mengiringi Ketua Menteri adalah Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.

Daera Kota Belud antara 11 daerah di Sabah yang terjejas banjir.

Setakat 6 petang tadi, seramai 318 orang penduduk dari 100 buah keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Belud.