Ketua Menteri Sabah Angkat Sumpah 10.30 Pagi Esok

KOTA KINABALU: Selepas 24 jam berteka-teki siapa bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri dijangka diadakan di Istana Negeri Sabah pada 10.30 pagi esok (29 September).

Bagaimanapun belum diketahui siapa yang akan mengangkat sumpah esok.

Menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah semalam, Warisan memperolej 29 kerusi, PN 17 kerusi, BN 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi tujuh kerusi.

Sementara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua kerusi dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) satu kerusi.

Calon Bebas berjaya memenangi tiga kerusi iaitu di Pitas, Kuamut dan Kemabong.