Ketua Menteri Mengingati Mangsa Kebakaran Penangah

Oleh BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melakukan apa yang perlu dalam usaha membantu mangsa kebakaran di Kampung Stesen, Penangah, Kinabatangan yang mana rumah mereka musnah terbakar pada Selasa lepas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata, beliau telah mengarahkan jabatan serta agensi-agensi yang berkenaan untuk melawat kampung tersebut dan membuat penilaian, seterusnya
menyediakan bantuan yang akan disalurkan secepat mungkin.

Ketua Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Eng Suan [email protected]  Philip, 63, yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tongod, yang melecur 90 peratus akibat kebakaran tersebut.

Shafie amat mengingati penduduk di Pinangah di mana beliau mendapat sambutan yang baik apabila beliau melawat ke kawasan tersebut sebelum Pilihanraya Umum ke-14 tahun lepas.

“Ingatan dan doa saya sentiasa bersama para penduduk kampung, saya juga ingin merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Eng Suan King. Kerajaan akan melakukan apa yang sepatutnya bagi membantu rakyat yang berada dalam kesusahan,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan menyediakan bantuan dalam bentuk makanan dan air untuk tiga hari.

Manakala keperluan asas lain seperti tilam dan selimut serta susu formula bayi boleh didapati di pusat pemindahan sementara.

BERITA BERKAITAN: –

Kebakaran Musnahkan Puluhan Kediaman Di Daerah Penangah

ADUN Kuamut Lawat Mangsa Kebakaran, Serah Bantuan Barangan Asas