Ketibaan Vaksin COVID-19 Di Sabah 25 Feb Ini – Hajiji

KOTA BELUD: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan menyambut ketibaan vaksin Covid-19 untuk negeri Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada  25 Feb ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan ketibaan kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Malaysia sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Beliau berharap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.