Kes Baharu COVID-19 Terus Menurun Kepada 8,075 Hari Isnin – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,066 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640.

Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); Pulau Pinang (853); Johor (781); Selangor (686); Sabah (677); Terengganu (636) dan Kedah (628).

Perak pula mencatatkan 548 kes diikuti Pahang (522); Melaka (219); Kuala Lumpur (151); Negeri Sembilan (108); Perlis (36); Putrajaya (19) selain dua kes di Labuan. 

Sementara itu penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 56 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 peratus katil bukan ICU.