Kerjasama Antara Polis Dan Media Penting, Kata Ketua Polis Sabah

Abdul Rashid menerima cenderakenangan daripada DSP Ahmad pada majlis itu, sambil disaksi oleh Tuan Ramli dan ASP Lee, kiri.
Abdul Rashid menerima cenderakenangan daripada DSP Ahmad pada majlis itu, sambil disaksi oleh Tuan Ramli dan ASP Lee, kiri.

OLEH AMAN KASSIM
KENINGAU – Kerjasama antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan warga media perlu berterusan bagi membolehkan informasi-informasi yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab PDRM dapat disampaikan kepada masyarakat setempat dengan tepat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abdul Rashid Bin Harun berkata, legasi kerjasama antara PDRM dan media yang sudah sedia terjalin khususnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini harus berkekalan.

“Bagi pihak PDRM Sabah saya merakamkan penghargaan kepada warga media di sini kerana telah banyak memberi kerjasama dalam menyalurkan informasi-informasi yang berkaitan dengan PDRM untuk diketahui umum” katanya.

tupper1

Beliau berucap selepas menyaksikan Majlis Serah-Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu DSP Ahmad Bin Jawila dan Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Lee Nyuk Kim di bilik gerakan IPD di sini kelmarin.

Abdul Rashid yang dalam rangka lawatannya berkata, pihak PDRM menghargai kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak media selama ini.

Turut serta dalam lawatan kerja itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Razarudin bin Husain @ Abd Rasid, Pengerusi PERKEP Sabah, Datin Ainalmarhanim binti Abdul Ghani dan Naib Pengerusi PERKEP Sabah, Datin Zainah Binti Othman.

Dalam masa yang sama Abdul Rashid menasihatkan agar para pegawai dan anggota PDRM IPD Keningau agar memberi kerjasama kepada Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu seperti yang ditunjukkan kepada Ketua Polis Daerah sebelum ini.

Katanya, ini amat penting dalam pasukan kerana tanpa kerjasama dikalangan pegawai dan anggota tugas dan tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Penyerahan tugas daripada Puan Habibah kepada ASP Rose, dua dari kanan.
Penyerahan tugas daripada Puan Habibah kepada ASP Rose, dua dari kanan.

Terdahulu Abdul Rashid menyaksikan upacara menandatangani dokumen dan serah terima tugas antara ASP Lee kepada DSP Ahmad Bin Jawila serta serah terima tugas Pemangku PERKEP Keningau antara Puan Habibah binti Alun kepada ASP Rose Binti Omar.

Hadir sama pegawai -pegawai kanan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Keningau.