Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu, jam 7.30 petang.
Katanya sepasukan 6 pegawai dan anggota dari BBP Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer dari balai.
“Terdapat 2 orang mangsa terlibat berjaya keluar sendiri daripada kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya pasukan bomba bertindak mejalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran hos salur bantu mula dan seterusnya melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi.
Operasi ditamatkan jam 8.45 malam.