Kerana PKP, Pasar Donggongon Kini Lebih Cantik, Selesa

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
PENAMPANG: Penutupan  pasar tamu Donggongon ketika di awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya memberi rahmat kepada penduduk Penampang apabila penutupan tersebut digunakan untuk membaik pulih kemudahan awam itu.

Pagi ini, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Penampang, Tang Yang Ming bersama beberapa pegawai Majlis telah membuat lawatan ke tapak tamu Donggongon.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah memberi arahan agar kerja membaik pulih seperti membaiki atap bocor, meja penjaja yang usang dilaksanakan segera.

Pada 17 Mei lalu, kerja pembaikan, penyelanggaraan, termasuklah pengindahan turut dilakukan di sekitar kawasan pekan Donggongon.

Sepanjang musim Covid-19 ini, pekan Donggongon kelihatan lebih bersih, cantik dan teratur apabila kerja-kerja pembaikan dan kebersihan diteruskan secara konsistennya.