Kerajaan Sabah Mungkin Halang Kemasukan Zakir Naik

175

PAPAR: Kerajaan Sabah tidak teragak-agak untuk menyekat kemasukan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini sekiranya ia boleh mengugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, beliau bagaimanapun akan mendapatkan laporan daripada pihak jabatan agama negeri terlebih dahulu.

“Laporan belum sampai atas meja saya tapi pada pandangan peribadi, kalau ada unsur-unsur ektremis, berdasarkan undang-undang yang kita luluskan mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah baru-baru ini dimana, kita tidak harus membangkitkan tentang amalan ekstremis dalam amalan beragama di Sabah.

ZAKIR NAIK

“Kalau ada pihak-pihak buat begitu, kita akan mengambil tindakan.

“Ini bidang kuasa Kerajaan Negeri dan (laporan) ini belum sampai kepada kita dari pihak jabatan agama. Bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Pada Khamis, Kerajaan Sarawak mengeluarkan perintah menghalang kemasukan Zakir Naik ke negeri itu berikutan kenyataan berbaur hasutan yang dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada keharmonian kaum yang pelbagai budaya dan agama di Sarawak.

Pada Rabu, Zakir didakwa mengeluarkan kenyataan yang mahukan ‘tetamu lama’ Cina di Malaysia balik dulu sebelum meminta beliau untuk keluar dari Malaysia.