Kerajaan Sabah Jamin Bantuan Mangsa Kebakaran Dipercepatkan

1214

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KENINGAU: Kerajaan Negeri akan memastikan bantuan terhadap mangsa kebakaran di kawasan setinggan Pasir Putih Putatan akan dipercepatkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, beliau akan meminta kementerian berwajib supaya memberikan bantuan terhadap mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat agar bebanan mereka dapat diringankan.

Katanya, beliau juga mahu punca sebenar kebakaran dikenalpasti bagi memastikan kejadian sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media sempena Lawatan Kerja ke Keningau, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan membuang puntung rokok merata tempat kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan cuaca panas El-Nino ini akan berlanjutan sehingga empat bulan lagi.

Beliau juga mengingatkan orang ramai tidak melakukan penyambungan elektrik secara haram bagi mengelakkan berlaku litar-pintas yang membawa kepada kebakaran.

Pagi Jumaat, sebanyak 55 buah rumah terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Pasir Putih Putatan.