Kerajaan Sabah Hargai Sumbangan Artis Kepada Masyarakat

962

artis

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan golongan artis kepada masyarakat dan pembangunan industri hiburan di negara ini.

Beliau berkata sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap golongan seni, selain berbentuk bantuan, turut diberikan penganugerahan bintang dan darjah kebesaran kerajaan negeri.

“Datuk DJ Dave (penyanyi) yang ramai peminat di Sabah adalah salah seorang penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ di Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) kepada artis-artis di Sabah, di sini hari Khamis.

Justeru, kata Musa sudah tiba masanya masyarakat juga harus menghargai sumbangan artis melalui cara mereka tersendiri.

Mengenai program berkenaan, Musa berharap YA1M neneruskan kerja kebajikannya membantu golongan artis yang memerlukan.

Pada majlis berkenaan, seramai 20 artis berumur 60 tahun dan ke atas menerima bantuan sebanyak RM2,000 seorang.