Kerajaan Sabah Benarkan Pelaksanaan Majlis Kerajaan, Swasta

Oleh SURAYA SHANAZ
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini, memutuskan pelaksanaan majlis anjuran kerajaan dan swasta dibenarkan dengan jumlah kapasiti tidak melebihi 250 orang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, berkata ia bergantung kepada saiz ruang dan penjarakan sosial di lokasi penganjuran.

“Pelaksanaan majlis kerajaan dan swasta sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), boleh dilaksanakan di negeri ini.

“Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) Am pelaksanaan majlis kerajaan dan swasta yang telah disediakan wajib dipatuhi oleh setiap agensi kerajaan serta swasta yang ingin melaksanakan sebarang mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah dan majlis,” katanya menerusi kenyataannya di sini hari ini.