Kerajaan Negeri Sabah Memberikan Pas Kerja Kepada Orang Asing?

DR ZULFIKAR ZULKIFLI
NUKILAN: Kita kena faham perbezaan antara PTI dan STATELESS…

PTI = Pendatang Tanpa Izin yang mana mempunyai kerakyatan di negara lain….ada IC negara lain…tapi masuk ke negara kita secara haram/salah….orang seperti ini WAJIB ditangkap dan dihukum mengikut perundangan negara.

Stateless = orang yang tidak punya negara. Ibubapa mungkin warga asing atau mungkin juga warganegara Malaysia. Namun, mereka tidak punya mana-mana kerakyatan. Stateless ini boleh dipecahkan lagi kepada DOCUMENTED dan UNDOCUMENTED.

Documented = Stateless yang ada dokumen seperti MyPR, MyKAS, IMM13, Surat JKM etc.

Undocumented = langsung tiada apa-apa dokumen.

DR ZULFIKAR ZULKIFLI

Saya tak rasa kerajaan negeri Sabah mau bagi dokumen/pas kerja kepada PTI sebab golongan ini adalah golongan yang melanggar undang-undang negara, MESTI DIHUKUM!…tetapi kepada golongan stateless ini…kita kena melihat dari pelbagai sudut….PERUNDANGAN…KEMANUSIAAN….SEJARAH….KENEGARAAN…

Kita mau halau stateless ini ke negara ibubapa mereka contohnya Filipina/Indonesia, maka Malaysia akan ditanya semula oleh Filipina/Indonesia dimanakah mereka diberanakkan? Of course mereka akan reject…Ini akan jadi isu stalemate…tiada apa yang kita mampu buat kepada mereka.

Akhirnya, kita tangkap mereka dan sumbat ke Rumah Merah dan keluarkan RM500juta setahun untuk kasi tempat tinggal dan makan minum mereka dalam Rumah Merah…siap ada TV lagi tengok world cup. Bukannya kita boleh halau mereka ke mana-mana negara.

Komitmen kerajaan baru ini adalah untuk menyelesaikan isu dokumentasi di Sabah terutamanya stateless yang mana termasuk juga palaoh (sea gypsy)…cuma pemberian pas kerja ini saya yakin adalah langkah sementara…sebab kerajaan pun ralat mau tangkap mereka sebab:

1. Siapa akan kerja di ladang? Rugi syarikat ladang itu sebab tiada pekerja, maka rugilah Sabah.

2. Kalau takde pas kerja mereka, maka kita kena tangkap mereka. Mau keluar duit lagi menyara mereka di rumah merah? Berapa plak peruntukannya? 10juta? 20juta? Atau lebih? Lagi bagus duit itu digunakan untuk memperbaiki sekolah anak-anak kita.

3. Anak-anak mereka yang ada di rumah siapa mau kasi makan kalau ibubapa ditangkap? Kalau PBB dapat bukti, lagilah kita dikecam menerusi hak asasi kanak-kanak…

Jadi perkara-perkara seperti ini yang kita kena faham dan perhalusi…bagi masa dan kepercayaan kepada kerajaan yang baru ini.

Ini Sabah Baru…kita melihat kepada aspect penyelesaian masalah masyarakat secara tuntas.

Nukilan: Dr Zulfikar Zulkifli, Setiausaha NGO Sahabat dan Ketua Penerangan Kelab Generasi Tun (Sabah)