Keracunan Karbon Monoksida Punca Kematian 2 Lelaki Di Kinabatangan

563
Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat Kinabatangan, apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, Rabu pagi.

KINABATANGAN: Keracunan terhidu karbon monoksida menjadi punca kematian dua lelaki yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang enjin masih hidup di Kampung Jaya Baru dekat sini, semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata punca kematian kerja-dua lelaki itu diperolehi menerusi bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kinabatangan hari ini.

“Punca kematian adalah akibat keracunan karbon monoksida dari pelepasan asap kenderaan dan juga gas pendingin hawa kenderaan”, katanya hari ini (Khamis).

Semalam, mayat Mohd Fitri Haimin, pemandu dan penumpangnya Mohd Helmey Zan Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di tepi jalan di Km80, Jalan Kinabatangan-Lahad Datu.

BERITA BERKAITAN: –

Disangka Tidur, Dua Remaja Dijumpai Mati Dalam Kereta Di Kinabatangan