Keperitan Penduduk Sunsuron Berakhir; Air Graviti DAP Dilancarkan

Oleh KEE HELMEY KEE ZAINAL
SOOK: Penderitaan 300 Penduduk Kampung Sunsuron, Tulid yang selama ini tersiksa akibat ketiadaan sumber air, berakhir dengan perasmian sebuah projek bekalan air graviti di kampung mereka baru-baru ini.

Perasmian projek telah di sempurnakan oleh Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong, yang hadir bersama rombongan untuk menyaksikan upacara yang penuh bermakna bagi seluruh penduduk Kg Sunsuron.

Perasmian projek Sistem Air Graviti di Kampung Sunsuron baru-baru ini disempurnakan oleh Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.

Stephen yang berucap pada majlis tersebut turut melahirkan rasa bersyukur kerana penderitaan penduduk yang selama ini tidak mempunyai sumber air bersih akhirnya mendapat pembelaan daripada pemimpin pemimpin DAP Pensingan, Sook dan Tulid.

Menurut Stephen, projek tersebut merupakan projek penting untuk rakyat yang mana DAP dengan kerjasama NGOnya bersama sukarelawan ‘Impian Sabah’ telah berjaya membina sumber air graviti untuk memenuhi keperluan harian seluruh penduduk.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang membantu dengan kerja-kerja pemasangan bersama-sama sukarelawan ‘Impian Sabah’.

“Apa yang paling membanggakan saya adalah dana projek yang yang bernilai RM40 ribu ini adalah hasil sumbangan penderma yang prihatin dan tahu hasrat dan keinginan Parti DAP yang mahu membela nasib rakyat di kawasan pendalaman yang kebanyakannya masih hidup dalam keadaan yang serba daif,” jelasnya.

Turut memberi ucapan pada majlis tersebut ialah Penyelaras DAP Keningau, Peter Saili, ketua wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang, Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Sook, Clare Taunek Simbat dan juga Penyelaras DAP Tulid, Robinson Rusikan.

Terdahulu Stephen merasmikan sebuah lagi projek air graviti untuk penduduk di Kg Umpason yang menelan belanja sebanyak RM14 ribu yang memberi manfaat kepada 213 penduduknya.

Dimana sumber air graviti yang di bekalkan oleh kerajaan selama ini telah rosak dan selama tiga tahun penduduk merujuk perkara tersebut kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan mahu pun usaha bagi membaikinya di lakukan.

(Turut sumbang matlumat dalam artikel ini adalah Kamsi Ahmad setiausaha publisiti DAP Keningau dan Fadilah Michael setiausaha publisiti DAP Pensiangan).