Kenapa PN Belum Laksana Projek Tebatan Banjir? – Calon Kapayan

JANNIE LASIMBANG

PENAMPANG: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang mempersoalkan kenapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum melaksana projek tebatan banjir bernilai RM80juta di Sabah yang diluluskan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, kelulusan projek bernilai RM80 juta, termasuk RM76 juta bagi projek tebatan banjir di kawasan Kapayan dan Lido telah diluluskan semasa pemerintahan PH.

Namun, kenapa kerajaan pintu belakang dibawah PN berdiam diri mengenai isu projek tebatan banjir ini.

Jannie berkata, pelaksanaan sepatutnya bermula tahun ini namun, tiada apa-apa berita tentang projek tersebut.

“Adakah pelaksanaan tersebut terganggu disebabkan oleh “Langkah Sheraton” yang telah merompak mandat rakyat.

“Mengapa Datuk Yong Wui Chung dari Parti Demokratik Liberal (LDP) yang telah membangkitkan persoalan mengenai projek ini berdiam diri.

“Pertanyaan bersifat berat sebelah Datuk Yong memperlihatkan dia tidak sedar bahawa projek tersebut telah diluluskan untuk kawasan Kapayan semasa zaman PH.

“Masalah banjir di Kapayan mesti diselesaikan secepat mungkin. Kerajaan PH-Warisan di Sabah telah mendesak bagi kelulusan projek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tetapi, disebabkan ketidakstabilan politik dan katak politik telah menyebabkan pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat ini tertangguh.

Oleh itu, tolak semua ahli politik yang tidak amanah dan katak politik yang mementingkan diri sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ini bagi membolehkan orang Sabah dapat menuntut pelaksanaan projek tebatan banjir yang telah diluluskan semasa zaman kerajaan PH-Warisan.