Kempen Derma Darah Di Kampung Darau, Manggatal, Esok

ALIX SUNGGIN

Oleh SURAYA SHANAZ
KOTA KINABALU: Masyarakat di Kampung Darau, Manggatal dan sekitarnya, berpeluang menjalankan tanggungjawab sosial dengan hadir menderma darah di Balai Raya Kampung Darau Laut, di sini, esok.

Program anjuran Persatuan Penderma Darah Sabah (PENDARAH) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Parti Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Sepanggar akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang.

Presidennya, Alix Sunggin berkata, anjuran kali ini mendapat kerjasama daripada Pemuda UPKO Bahagian Sepanggar dan dibantu oleh Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2).

Katanya, bekalan darah diperlukan kerana ketika ini ia amat kritikal disebabkan penularan COVID-19  termasuk di negeri i

“Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu pihak hospital mendapatkan bekalan darah.

“Kami juga menyediakan saguhati berupa beras satu pek beras lima kilogram (kg) dan satu tray telur kepada 30 orang penderma terawal,”katanya di sini.

Alix berkata, PENDARAH amat berterima kasih kepada pelbagai pihak yang tampil membantu termasuk UPKO Sepanggar yang menderma 30 kampit beras untuk disumbangkan kepada penderma terawal.

“Kami berasa  gembira kerana banyak pihak termasuk UPKO selalu menjemput kami untuk bekerjasama mengadakan kempen derma darah,” katanya.