Kementerian Sumber Manusia Adakan Hari Bersama Rakyat Di Sandakan

520

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
SANDAKAN: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan hari bersama rakyat di Pasar Kim Fung, Sandakan esok (Ahad, 21 April).

Program bermula 8 pagi hingga 1 petang itu akan dirasmikan Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Chong Ket Kiun berkata, pelbagai kaunter jabatan dan agensi kerajaan dibuka untuk memberi khidmat kepada orang awam antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (Niosh).

Katanya, turut membuka kaunter adalah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Manusia dan Institut Latihan Perindustrian Sandakan.

“Sepanjang tempoh itu, kami akan memberi khidmat kepada orang awam yang ingin tanya tentang Tenaga dan Sumber Manusia serta agensi lain yang turut mengikut pameran seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Saya menjemput semua pihak dan orang awam hadir untuk mengambil tahu tentang kebajikan yang ada sebagai tenaga manusia dalam semua bidang,” katanya dalam satu kenyataan.