Kementerian Pendidikan Diminta Menimbang Semula Menutup IP Keningau

Pintu gerbang masuk ke Institut Perguruan Keningau di pedalaman Sabah. Kementerian Pelajaran mencadang agak menutup IP ini akibat daripada kos pengurusan.
Pintu gerbang masuk ke Institut Perguruan Keningau di pedalaman Sabah. Kementerian Pelajaran mencadang agak menutup IP ini akibat daripada kos pengurusan.

SURAT: Saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia akan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup Institut Perguruan Keningau (IPG Keningau) akibat daripada kos pengurusan.

Arthur J Kurup
Arthur J Kurup

Ingin saya mengulas gesaan daripada penduduk daerah pedalaman supaya institut itu untuk kekal beroperasi kerana ia adalah sebuah institusi penting yang mempunyai kepentingan sejarah dan bermakna kepada masyarakat kawasan pedalaman.

Saya sangat terlibat dengan perkembangan sekolah-sekolah dan juga dengan pegawai pendidikan daerah di sini kerana saya menitik beratkan pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman. Saya memahami keperluan dan cita-cita mereka serta pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas.

Saya terlibat dalam hampir setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di sini. Jadi saya pasti bahawa ramai orang sangat kecewa dengan cadangan Kementerian pendidikan untuk menutup Institut Perguruan Keningau.

Kementerian boleh fikir kaedah lain untuk menangani kekurangan guru atau masalah kos di institut itu, yang mereka mengatakan adalah sebab utama untuk menutup institusi tersebut.

Kementerian mungkin boleh memindahkan guru dari institut di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu atau dari negeri-negeri lain untuk datang ke Keningau. Ini boleh menjadi sebahagian daripada dasar untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk yang pesat di bandar-bandar kami yang semakin menjadi terlalu sesak.

Kita boleh memindahkan guru daripada institusi lain kepada institusi luar bandar untuk menggalakkan pertumbuhan di kawasan luar bandar, dan juga untuk meningkatkan taraf pendidikan di daerah-daerah luar bandar.

Jika kita boleh hantar guru kita jauh ke kawasan lain, seperti ke Semenanjung, mengapa kita tidak boleh menghantar orang ke sini untuk mengisi kekosongan.

Ini akan meningkatkan penduduk luar bandar dan merangsang pertumbuhan di kawasan pedalaman daerah, dan meningkatkan kualiti pedagogi bagi penduduk luar bandar.

Penutupan institut ini akan menyebabkan guru-guru luar bandar kita, yang mungkin ramai dari golongan berpendapatan rendah perlu bergerak lagi atau ke bandar-bandar yang lebih besar untuk melengkapkan kursus dan latihan mereka.

Kita patut menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar, bukan memindahkan lebih ramai kakitangan ke kawasan bandar.

Sekiranya sudah ada perancangan untuk tutup institut guru ini, Kementerian perlu menjelaskan rancangan mereka untuk kegunaan kemudahan bangunan dan kampus itu yang akan ditinggalkan kosong.

Kementerian boleh mempertimbangkan untuk menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk membuka sebuah kolej latihan MARA atau sebuah kolej vokasional lagi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk kemahiran vokasional di seluruh negara.

Kementerian harus tidak menutup institut yang penting ini tanpa alternatif untuk rakyat.

ARTHUR JOSEPH KURUP
Timbalan Presiden PBRS