Kemenangan GPS Bukti Rakyat Mahukan Parti Tempatan

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengucapkan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kemenangan itu jelas membuktikan keyakinan rakyat Sarawak terhadap GPS.

Warisan percaya rakyat Sarawak memberi kepercayaan kepada parti tempatan Borneo untuk melindungi hak-hak mereka.

Pada PRN Sarawak, GPS menang dengan majoriti besar setelah memperolehh 76 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.