Kemenangan Awal Rakyat Sim-Sim, PN Pulangkan RM4.2 Juta

Oleh TERTIA JACOB
SANDAKAN: Peruntukan RM4.2 juta yang sebelum ini diluluskan untuk Sim-Sim, namun dibatalkan kerajaan Pusat dan dipulangkan semula adalah tanda awal kemenangan rakyat Sabah.

Dalam kenyataan bersama dua calon Warisan Plus di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat dan Elopura, Datuk Frankie Poon dan Calvin Chong serta Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, mereka berkata, mereka mengambil maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut mereka, peruntukan itu diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk menyelenggara 24 jambatan di Kampung Sim-Sim.

“Ia dibatalkan tanpa sebab pada Julai tahun ini bersama beberapa lagi peruntukan projek penambahbaikan lain di Sandakan.

“Kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri untuk memulangkan peruntukan ini kepada rakyat setelah dibatalkan oleh pihaknya sendiri.

“Ini merupakan bukti kemenangan awal rakyat Sabah, bahawa kerajaan Persekutuan perlu memikirkan nasib rakyat berbanding kepentingan politik mereka,” menurut kenyataan mereka.

Mereka bagaimanapun mempersoalkan beberapa lagi projek yang turut dibatalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membabitkan pemasangan sistem kumbahan bernilai RM4 juta di Kampung Sim-Sim.

Menurut kenyataan itu, sebuah lagi projek yang turut dibatalkan adalah projek menaik taraf simpang Jalan Sibuga – Jalan Utara hadapan Sekolah Kebangsaan St Monica Sandakan bernilai RM1juta.

“Adakah beliau akan pulangkan semua peruntukan tersebut kepada penduduk Sim-Sim dan pengundi Sandakan?

“Dalam pada itu, kami juga ternanti-nanti bilakah Kerajaan PN ini akan memulangkan royalti minyak 20% kepada Sabah?” menurut kenyataan mereka.

Menurut mereka lagi, pemulangan peruntukan RM4.2 juta kepada penduduk Sim-Sim membuktikan bahawa Sabah tidak perlu ‘sehaluan’ dengan kerajaan Persekutuan.

Namun, jika Sabahan berpadu hati dan berani memperjuangkan hak mereka, kerajaan Persekutuan akhirnya ‘terpaksa’ tunduk kepada rakyat kerana kuasa sebenar adalah di tangan rakyat.

“Oleh itu, pada 26 September ini, marilah kita berganding bahu dan keluar mengundi, untuk memastikan hak serta peruntukan buat rakyat Sabah dikembalikan dalam tangan Sabahan sendiri.

“Sabah milik Sabahan dan kitalah yang menentukan masa depan negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Muhyiddin mengumumkan untuk mengembalikan peruntukan itu pasa Majlis Ramah Mesra Perdana di Sim-Sim, hari ini.

Sabah milik Sabahan. Kitalah yang menentukan masa depan negeri ini.

Bermaruah Berpadu.
Mantap Sabah Baharu.

Undilah Warisan.

BERITA BERKAITAN :-

PN Batalkan Peruntukan Kg Sim Sim RM4.2 Juta Yang Diluluskan PH

Kerana Politik, Rakyat Sandakan Jadi Mangsa Perikatan Nasional