Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bergegas membantu kanak-kanak berusia 8 tahun itu yang telah dibawa ke
Klinik Kesihatan Membakut, selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.52 pagi tadi.
Difahamkan, kemaluan mangsa tersepit pada zip seluarnya ketika hendak membuang air kecil di tandas sekolah.
Mangsa dihantar ke Klinik Membakut oleh pihak sekolah.
Penderitaan kanak-kanak itu berakhir setelah pasukan bomba bertindak memotong zip itu dan melonggarkan bahagian yang tersepit.
Operasi ditamatkan jam 10.50 pagi.