Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Wahab Marjuki, 61, dipercayai terperangkap di dalam kereta Proton Saga yang dipandunya selepas nahas terbabit.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.31 pagi
Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sook dikejarkan ke lokasi kejadian.
Namun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
Hasil pemeriksaan bomba,
seorang mangsa lelaki ditemui rentung di dalam kenderaan Proton Saga berkenaan.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pemandu kenderaan Isuzu DMax dikenali Philip Kiat, 31, cedera ringan, dihantar oleh orang awam ke Hospital.
Operasi berakhir jam 11.29 pagi.