setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lama Papar di sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.57 petang.
Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo yang bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha.
“Seorang mangsa (penunggang motosikal) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak polis. Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa yang meninggal dunia
diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, operasi bomba ditamatkan jam 3.40 petang.
Mangsa yang maut dikenali Julasiri Gapar, berusia 20 tahun manakala identiti pemandu Toyota Vigo, tidak diperoleh.
Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.