Keluarga Vui Keong Mohon Diberikan Ruang

KUALA LUMPUR: Keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong akan memberi penjelasan mengenai kesihatan pemimpin Warisan itu bila tiba masanya.

Seorang pegawainya seperti dilaporkan berkata, ahli keluarganya meminta untuk diberikan ruang ketika ini.

“Keluarga memohon jasa baik diberi ruang privasi pada masa ini.

“Turut dimaklumkan bahawa sebarang komen rasmi mengenai perkara ini hanya dikeluarkan oleh keluarga beliau dalam masa terdekat sekiranya perlu.

“Kami memohon agar privasi keluarga beliau dapat dijaga sehingga mereka sedia memberi sebarang komen,” katanya.