Kecewa Dengan Bekas Isteri Bapa Hampir Membunuh Anak Sendiri

1188
Bilik suspek dimana dua kanak-kanak perempuan dikurung; GAMBAR KECIL: Pisau dan pedang samurai yang dirampas dari bilik itu. – Gambar ihsan PDRM Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak perempuan hampir dibunuh bapanya yang mengalami kemurungan di sebuah rumah di Kampung Suang Prai, Manggatal dekat sini Selasa petang.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua beradik berusia empat dan lima tahun itu berdepan detik cemas apabila suspek berusia 30 tahun mengurung mereka di dalam sebuah bilik di tingkat atas kediaman terbabit.

ACP CHANDRA MUTHU

Suspek juga dikatakan cuba membunuh anak-anaknya dengan mengacukan sebilah pedang samurai pada leher mangsa tanpa menghiraukan pujukan seorang sepupu lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, bimbang dengan nasib kanak-kanak perempuan terbabit, sepupu suspek segera menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

“Situasi bertambah rumit apabila sepupunya ternampak suspek sedang membakar sesuatu sehingga bau asap keluar dari bilik berkenaan,” katanya hari Rabu.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

BERITA SELANJUTNYA: –
* http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0629&pub=Kosmo&sec= Negara&pg=ne_09.htm