Kebakaran Rumah Setinggan Kg Singki Bandar Tanah Merah; 20 Rumah Musnah

20 buah rumah setinggan di Kg Singki Bandar Tanah Merah musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin. – Gambar-gambar ihsan BOMBA Sandakan

Oleh BORNEOTODAY
SANDAKAN: Satu kebakaran melibatkan anggaran 20 buah rumah dengan keluasan kira-kira satu ekar terbakar sepenuhnya di rumah setinggan Kg Singki Bandar Tanah Merah awal pagi Isnin.

Tindakan pasukan Bomba membuat pemadaman (sumber air dari water tanker) dan seterusnya membuat pemeriksaan menyeluruh kawasan terbakar bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Tiada kecederaan mangsa dilaporkan pada kejadian yang bermula pada lebih kurang jam 1 pagi.

Tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

BBP Sandakan yang diketuai oleh Firdaus Bin Ahmad bersama 10 orang anggota ke lokasi kejadian dengan dua buah jentera pemadam FRT dan Water Tanker.

Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan (MERS999) pada jam 1.13 pagi. Operasi tamat pada jam 4.45 pagi.