Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 3.39 petang.
Katanya, sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama dua jentera serta van
Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari BBP Penampang.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kongsi 4 pintu dan 4 buah rumah yang terbakar sepenuhnya.
Menurut jurucakap itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.29 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 7:41 petang.
Seramai 174 mangsa dari 28 keluarga yang terjejas dipindahkan ke Dewan Nakasiba, Penampang.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.