Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi menjamin hak dan keperluan golongan ini.
“Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) ini merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan masyarakat bagi kumpulan sasar kanak-kanak golongan OKU.
“Ini bagi memastikan kanak-kanak golongan OKU terutama yang kurang berkemampuan tetap mendapat hak dan keperluan mereka” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Penyerahan Bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan, di sini hari ini.
“Kita mengalu-alukan ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka yang OKU ke TDKKU ini.
“Ini agar mereka boleh dilatih untuk menjaga diri disamping diberi pendedahan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta perkhidmatan fisioterapi kepada kanak-kanak OKU yang memerlukan” katanya.
Sebagai rekod, terdapat enam buah TDKKU di negeri Sabah iaitu di Sembulan, Sandakan, Tawau, Kudat Beaufort dan Lahad Datu.
TTDKU Sembulan mempunyai kapasiti untuk memuatkan 40 kanak-kanak OKU.