Kaunter SESB Ditutup Hingga 18 Oktober Ini

KOTA KINABALU: Kaunter perkhidmatan pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Wisa SESB ditutup bermula hari ini sehingga 18 Oktober.

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook SESB, langkah itu diambil susulan peningkatan bilangan kes Covid-19 yang berlaku di negeri ini.

Untuk itu, sebarang urusan yang melibatkan orang awam boleh dilakukan secara online.

Pembayaran bil elektrik boleh dibuat melalui pembayaran kiosk, perbankan online, ejen-ejen kutipan e-Wallet seperti GrabPay, Shoppee, Touch & Go, Lazada, MyBoost, Paynow, Panda Marketing Android, Richtech Android, e-pay terminal, Shell, BHP, Petron, KK Mart, Mobility One terminal dan TM Point.