Karnival Derma Darah Merdeka Tawar Saguhati Kepada Penderma

56

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Derma Darah Merdeka 2019 anjuran Sabah Amnesty Blood Organisation yang akan diadakan di Taman Awam Teluk Likas.

Karnival yang akan bermula pada 14 hingga 16 September dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam ini akan diselitkan dengan pelbagai program dan saringan kesihatan.

Antara acara lain yang turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan ‘Miss Merdeka’, pertandingan nyanyian, pertandingan mewarna kanak-kanak, program penderma darah kali pertama, cabutana bertuah, pameran, trak makanan dan banyak lagi.

Bagi menggalakkan orang ramai menderma darah, 200 orang yang terawal akan turut diberikan saguhati iaitu sekampit beras 5kg. – SURAIDAH ROSLAN