Kapit Memerlukan Loji Rawatan Air Ke-3 Yang Baru Dengan Segara – DAP

665

Oleh BORNEOTODAY
KAPIT: Kekerapan gangguan bekalan air bersih yang berlaku, termasuk kualiti air yang rendah, di Kapit telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk pecan, mengadu Paren anak Nyawi, penyelaras DAP Kapit

“Dengan ini, saya mengesa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memberi peruntukan yang lebih besar bagi Loji Rawatan Air ke 3 yang baru,” kata beliau dalam satu kenyataan Selasa.

PAREN AK NYAWI

Walaupun pekan Kapit sudah memiliki dua buah Loji Rawatan Air yang mempunyai kapasiti mengeluarkan 18 juta liter sehari iaitu Loji Rawatan ke 2 (beroperasi Mei 2013) iaitu 12 juta liter sehari dan Loji Rawatan Pertama (6 juta liter sehari).

Penggunaan minima setiap hari oleh penduduk Kapit telah mencapai 17 juta hingga 18 juta liter sehari yang mencecah pengeluaran kedua-dua loji sedia ada untuk sehari.

Setelah lima tahun pembukaan loji baru pada pertengahan tahun 2013 , kini pada tahun 2018 penduduk Kapit sudah bertambah selepas tempoh lima tahun dan kerajaan harus menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Selain itu, Paren merungut masalah kualiti air yang kotor juga perlu diambil serius oleh pihak berwajib.

“Ini amat penting supaya selari dengan objektif program JBALB iaitu menyediakan dan memperluaskan liputan bekalan air bersih dan terawat agar taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di Kapit dapat dipertingkatkan,” tambah beliau.