Kanak-Kanak Tujuh Tahun Ditemukan Lemas Di Beluran

2766
Anggota bomba membawa mayat mangsa ke kawasan darat untuk diserahkan kepada polis.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan mati lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Kampung Muanad, Beluran, di sini pada pagi Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba & Penyelamat memaklumkan mayat mangsa yang dikenali sebagai Amanual Darius ditemukan penduduk kampung pada jarak 10 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh pada petang Isnin.

Setelah hampir 50 minit pasukan JPBM memulakan semula operasi mencari dan menyelamat pagi tadi, mereka dimaklumkan penduduk kampung menemukan mayat mangsa pada 7.47 pagi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mayat kanak-kanak yang ditemukan lemas diserahkan kepada pasukan polis.