Mangsa, Mohammad Syaril ditemui oleh orang awam, kira-kira 3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang, 10.05 pagi tadi.
Kehilangan kanak-kanak itu disedari selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai, di belakang rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari yang melibatkan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), ditamatkan 11 pagi tadi.