Dalam kejadian pada jam 5.15 petang itu, mangsa, Mohd Ridwan Suprianto Mohd. Aidil berusia empat tahun dilaporkan hilang semasa mandi di sungai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kanak-kanak hilang, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, kehilangan mangsa disedari oleh bapanya setelah menjumpai selipar mangsa yang tertinggal di tepi sungai.
Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula dijalankan petang kelmarin dan ditangguhkan pada 6.40 petang. Operasi SAR disambung semula pada 6.53 pagi ini.