Kanak-kanak Dijadikan Tebusan Di Telipok Ria

4923

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan maut apabila dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di blok 15, Pangsapuri Telipok Ria di sini.

Ketika ini, kanak-kanak tersebut masih menjadi tebusan dan pihak polis sedang berusaha menyelamatkan mangsa.

Menurut video dan gambar yang tersebar, lelaki berkenaan sedang mengacu benda tajam di leher kanak-kanak berkenaan yang dalam keadaan berlumuran darah.

Beberapa penghuni yang ditemui BorneoToday berkata, kanak-kanak berumur 2 tahun itu telah dijadikan tebusan sejak pukul 12 tengah hari ini.

Menurut seorang penghuni, lelaki tersebut menjadikan mangsa sebagai tebusan bagi membalas dendam terhadap keluarganya.