Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kanak-kanak hilang pada 2.04 petang.
Kemudian sepasukan anggota dikejarkan ke loasi kejadian. Semasa berada di lokasi, dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas semasa aktiviti berpinik di tepi sungai.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan dan sehingga lewat petang tadi, mangsa belum berjaya ditemukan.