Kanak-kanak 12 Tahun Ditemukan Lemas di Kg Bengkalalak, Beaufort

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas ketika mandi sungai di Kampung Bengkalalak, Beaufort, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Ivan Firdaus Moktar ditemukan pada jarak 50 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 10.51 pagi dan sepasukan sembilan pegawai serta anggota bomba yang menaiki sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan kaedah menyelamat di permukaan air atau ‘surface rescue’ sebaik tiba di lokasi kejadian.

Mangsa ditemukan pada jarak 50 meter dari lokasi terakhirnya dan mangsa diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan susulan. Pihak ambulans mengesahkan mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 12.55 tengahari.