‘Kami Impikan Naik Motosikal Di Jalan Raya, Bukan Lagi Di Landasan Kereta Api’

TENOM: “Sampai bila kami hendak menggunakan motosikal di landasan kereta api. Kami impikan untuk menunggang motosikal di jalan raya,”.

Itu ungkapan anak muda Kampung (Kg) Pangi yang ingin melihat perubahan berlaku di kampung mereka.

Jhayley Jinigol

Jhayley Jinigol @ Jinigoh, 26, berkata, sudah terlalu lama penduduk di Kg Pangi menyimpan hasrat melihat akses jalan raya dibina di kampung mereka namun, sehingga kini keadaan masih sama seperti 20 tahun yang lalu.

Katanya, mereka masih perlu menggunakan motosikal troli sebagai kemudahan alternatif apabila perkhidmatan kereta api dihentikan sementara waktu sama ada disebabkan tanah runtuh mahupun sekatan pergerakan.

Jika 29 tahun lalu, mereka terpaksa menggunakan troli kayu secara manual menggunakan sebatang kayu kini, mereka beralih kepada motosikal troli yang bergerak lebih pantas.

Walau dikenali sebagai troli haram namun, penggunaan troli ini adalah satu keperluan utama kepada penduduk kampung apabila berlaku kecemasan mahupun bagi mengangkut hasil pertanian dan keluar membeli barang keperluan di Pekan Tenom.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, sejak mengusahakan perkhidmatan motosikal troli ini, kehidupan penduduk menjadi lebih mudah terutama semasa perkhidmatan kereta api dihentikan sementara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tanpa motosikal troli, hasil pertanian penduduk kampung tidak dapat dibawa keluar dan dijual di Pekan Tenom.

Dengan adanya motosikal troli, masa perjalanan mereka ke Pekan Tenom lebih singkat iaitu selama 30 minit berbanding 2 jam 20 minit semasa menggunakan troli secara manual.

“Malah, masa perjalanan juga lebih pendek iaitu sejam jika menggunakan motosikal troli berbanding 2 jam 30 minit semasa menggunakan troli manual,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman sepanjang menyediakan khidmat motosikal troli ini, Jhayley berkata, dia merasa bersyukur kerana sepanjang menghantar pesakit

Jauh di sudut hati anak muda ini, dia ingin melihat Kampung Pangi akan mempunyai jalan raya tidak lama lagi kerana jarak kampung itu ke Pekan Tenom kira-kira 10 kilometer sahaja.